January23

Seusai membaca Gedung Kuning: Memories of a Malay Childhoo0d tulisan Hidayah Amin (senior aku dari NUS), aku tertarik dengan beberapa watak yang diceritakan.
Salah satu daripadanya ialah seorang penjual kuih yang datang ke gedung itu membawa dulang-dulang berisi kuih. Dulang itu diikat dengan kain putih dan digendong diatas bahunya.
Dia melukiskan lelaki itu seperti ini:
He was dark-skinned, his hair smartly combed and it glistened under the sun. He wore a white short-sleeved shirt and grey trousers but had a long white cloth that was tied at his shoulder and slung to one side, against his hips. Inside this cloth was a round dulang. He opened the white cloth that shaded the dulang, exposing delicious kuih talam…..the man then put some kuih talam on the plate that Nenek handed to him. Nenek paid him and after putting the dulang back into his sling-like cloth, the man made his way to another home.
Dengan serta-merta aku teringat seorang penjual kuih yang serupa itu, yang kerap menjaja kuih-muihnya di rumah arwah nenek.
Kalau tak silap nama gelarannya, Sin, dan beliau akan datang tanpa masa tertentu. Dibuka kain putih itu dan terhidanglah kuih-muih Melayu yang adakalanya belum dipotong dalam dulangnya.
Kadang-kadang aku nampaknya bersusup-sasap antara orang ramai turun-naik bas.
Arwah nenek akan membeli kuih itu dan diletakkan atas piring kaca untuk dihidangkan buat minuman teh.
Mungkinkah dia orang yang sama?
Menarik juga jika dikenangkan bahawa tali sejarah itu ada simpulannya di bahagian-bahagian tertentu yang adakalanya tidak kita sangkakan.
Aku rasa ini adalah usaha dokumentasi yang amat dialu-alukan, terutama sekali tentang moyangnya Haji Yusoff Tali Pinggang yang berniaga dan membina kekayaannya sebagai salah seorang perintis Singapura Moden.
Untuk maklumat lanjut tentang buku ini boleh terus ke laman Gedung Kuning.